Khamis, 5 Januari 2012

Tip Motivasi 24/7


Belajar bagaimana untuk mengekalkan motivasi amat penting. Hal ini kerana, tanpa motivasi kita akan sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan tidak bermakna dan kehidupan harian kita lesu dan terhenti seketika. Namun kita perlu mencari jalan bagi meneruskan hidup ini.

Motivasi secara mudah ialah rasa bahagia yang hadir dalam hati. Oleh itu kita perlu mengetahui apakah perkara yang membahagiakan hati kita.

Tip bagaimana mengekalkan motivasi dalam kehidupan ini saya ambil dari Michael Lee, seorang pakar pembangunan kendiri di dunia barat.

Tip Motivasi #1: Ingat Orang Tersayang.
Ingat akan ibubapa, ahli keluarga, suami atau isteri yang sentiasa kita ingat dihati dapat memotivasikan hidup kita. Ramai orang yang telah berjaya hari ini atas nama orang yang dicintainya. Ramai juga orang yang bencikan kerjayanya tetapi masih lagi bekerja dengan majikannya hanya kerana mengambil berat akan orang yang dicintainya.

Tip Motivasi #2: Mempunyai visi.
Antara cara yang berkesan bagaimana untuk kekal bermotivasi ialah dengan mempunyai visi. Kita perlu ada visi dalam sesuatu yang kita lakukan. Apa yang anda ingin jadi dalam 5 hingga 10 tahun akan datang? Memiliki kediaman sendiri? Pergi ke percutian idaman anda? Membuka perniagaan sendiri? Tuliskan semua impian anda dan bacalah ia semasa anda berasa tidak bermotivasi.

Tip Motivasi #3: Sibukkan diri anda dengan orang yang positif.
Aktifkan diri anda dengan orang positif mampu membina minda yang positif. Birds of the feather do flock together. Jangan sibukkan diri anda dengan orang yang berfikiran negative. Secara langsung atau tidak langsung jiwa dan fikiran anda akan terdorong meniru gaya hidupnya. Ia langsung tidak membantu memotivasikan hidup anda.

Tip Motivasi #4: Bersenam
Antara tip efektif bagaimana untuk kekal bermotivasi ialah bersenam. Bersenam sebenarnya mampu mengekalkan hidup bahagia dan ceria. Bersenam mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
Kekalkan suatu teknik senaman sebagai rutin mingguan, dan cuba tukar senaman baru untuk minggu berikutnya. Jangan terlalu menekan keupayaan badan anda, dikhuatiri ia akan mendatangkan kesan yang mudarat.

Tip Motivasi #5: Cari Sesuatu Yang Cantik Setiap Hari.
Motivasi juga mudah diperolehi apabila anda gembira. Jadi, cuba cari sesuatu yang anda boleh hargai setiap hari. Sebagi contoh, dengan melihat langit yang cerah di pagi hari atau terhidu aroma kopi di restoran sewaktu ke tempat kerja anda.

Belajar bagaimana untuk kekal bermotivasi adalah mudah sekali. Sesungguhnya, seseorang yang dapat terus mengekalkan motivasi mempunyai banyak cara bagi mendatangkan motivasi kepada dirinya sendiri. Tip di atas adalah sebahagian sahaja. Lagi banyak kita cari lagi bagus. Oleh itu, fikir-fikirkan apakah perkara-perkara yang mendatangkan bahagia dalam hidup anda dan kemudian sematkan ia dihati. Insya Allah, ia akan jadi motivasi dalam apa jua yang anda lakukan. Wallahua’lam.