Belajar bagaimana untuk mengekalkan
motivasi amat penting. Hal ini kerana, tanpa motivasi kita akan sedar bahawa setiap
perkara yang kita lakukan tidak bermakna dan kehidupan harian kita lesu dan
terhenti seketika. Namun kita perlu mencari jalan bagi meneruskan hidup ini.
Motivasi secara mudah
ialah rasa bahagia yang hadir dalam hati. Oleh itu kita perlu mengetahui apakah
perkara yang membahagiakan hati kita.
Tip bagaimana
mengekalkan motivasi dalam kehidupan ini saya ambil dari Michael Lee, seorang
pakar pembangunan kendiri di dunia barat.
Tip Motivasi #1: Ingat
Orang Tersayang.
Ingat akan ibubapa, ahli
keluarga, suami atau isteri yang sentiasa kita ingat dihati dapat memotivasikan
hidup kita. Ramai orang yang telah berjaya hari ini atas nama orang yang
dicintainya. Ramai juga orang yang bencikan kerjayanya tetapi masih lagi
bekerja dengan majikannya hanya kerana mengambil berat akan orang yang
dicintainya.
Tip Motivasi #2:
Mempunyai visi.
Antara cara yang
berkesan bagaimana untuk kekal bermotivasi ialah dengan mempunyai visi. Kita
perlu ada visi dalam sesuatu yang kita lakukan. Apa yang anda ingin jadi dalam
5 hingga 10 tahun akan datang? Memiliki kediaman sendiri? Pergi ke percutian
idaman anda? Membuka perniagaan sendiri? Tuliskan semua impian anda dan bacalah
ia semasa anda berasa tidak bermotivasi.
Tip Motivasi #3:
Sibukkan diri anda dengan orang yang positif.
Aktifkan diri anda dengan orang positif mampu membina
minda yang positif. Birds
of the feather do flock together. Jangan sibukkan diri anda dengan orang yang berfikiran
negative. Secara langsung atau tidak langsung jiwa dan fikiran anda akan
terdorong meniru gaya hidupnya. Ia langsung tidak membantu memotivasikan hidup
anda.
Tip Motivasi #4: Bersenam
Antara tip efektif
bagaimana untuk kekal bermotivasi ialah bersenam. Bersenam sebenarnya mampu
mengekalkan hidup bahagia dan ceria. Bersenam mencergaskan badan dan
mencerdaskan minda.
Kekalkan suatu teknik senaman
sebagai rutin mingguan, dan cuba tukar senaman baru untuk minggu berikutnya.
Jangan terlalu menekan keupayaan badan anda, dikhuatiri ia akan mendatangkan
kesan yang mudarat.
Tip Motivasi #5: Cari
Sesuatu Yang Cantik Setiap Hari.
Motivasi juga mudah
diperolehi apabila anda gembira. Jadi, cuba cari sesuatu yang anda boleh hargai
setiap hari. Sebagi contoh, dengan melihat langit yang cerah di pagi hari atau
terhidu aroma kopi di restoran sewaktu ke tempat kerja anda.
Belajar bagaimana untuk
kekal bermotivasi adalah mudah sekali. Sesungguhnya, seseorang yang dapat terus
mengekalkan motivasi mempunyai banyak cara bagi mendatangkan motivasi kepada
dirinya sendiri. Tip di atas adalah sebahagian sahaja. Lagi banyak kita cari
lagi bagus. Oleh itu, fikir-fikirkan apakah perkara-perkara yang mendatangkan
bahagia dalam hidup anda dan kemudian sematkan ia dihati. Insya Allah, ia akan
jadi motivasi dalam apa jua yang anda lakukan. Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan